Tuesday, May 22, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 4 Ramadan - ADAB BERBUKA

Inkramadan 4 Ramadan.

Adab2 sewaktu berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah s.a.w.

Berbuka puasa biarlah sederhana, jangan membazir.

Berbuka dengan kurma atau air terlebih dahulu kemudian segera menunaikan solat maghrib jika makanan belum dihidangkan kerana ianya sunnah tetapi jika makanan sudah terhidang maka makruh untuk meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad s.a.w:

Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

P/s: Ilyas baca doa buka puasa ramai sebab dia yang kena jadi imam baca doa untuk semua orang.

Facebook: https://www.facebook.com/Henshin-Kaizen-Arts-155278708562433/
Instagram:  https://www.instagram.com/henshin_kaizen_arts/

No comments:

Post a Comment