Monday, May 28, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 12 Ramadan - RAMADAN & NON-MUSLIM

Inkramadan 12 Ramadan.
.
Ada beberapa non-muslim berpuasa kerana menghormati orang muslim sekelilingnya berpuasa atau ingin merasa bagaimana orang miskin tidak makan atau ingin menjaga kesihatan kerana tahu kebaikan berpuasa dari segi sains.
.
Tapi kenapa orang non-muslim yang tak diwajibkan berpuasa boleh berpuasa? Dan kenapa ada orang muslim yang sememangnya diwajibkan berpuasa boleh curi-curi makan?Padahal tak uzur pun. Astaghfirullahalazim.. 

.
Sepatutnya orang muslim kena jadi contoh yang baik. Memang takde manusia yang sempurna. Semua orang pernah buat dosa. Tapi kalau bertaubat betul2, Insya Allah, Allah terima. Let's muhasabah diri kita sama2.
.
Ingat! Kita orang muslim semua wajib jaga imej baik Islam.

.

Sunday, May 27, 2018

inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 11 Ramadan - SELEPAS BERBUKA?

11 Ramadan
.
Sunnah makan kurma dulu sebagai makanan pertama berbuka puasa. kemudian selepas solat maghrib, baru digalakkan makan makanan lebih berat.
.
Tapi jangan gelojoh sangat makan tu atau ditakuti anda akan terkecik ;) 

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 10 Ramadan - HAKIKAT BERAT BERPUASA

Inkramadan 10 Ramadan.
.
Mari kita sama-sama puasa untuk menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa dan meninggalkan larangan Allah ikhlas kerana-Nya supaya puasa tak terasa berat. Insya Allah :)

Friday, May 25, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 9 Ramadan - HENTIKAN TABIAT BURUK

Inkramadan 9 Ramadan
.
Tabiat buruk yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia di bulan Ramadhan ialah selalu MEMBAZIR MAKANAN.
.
Menurut kajian, sepanjang Ramadhan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang “tidak diusik” dan masih boleh dimakan. Dan jika disusun, ia bersamaan 30 buah bangunan KLCC. Banyak tak pembaziran kita buat?
.
Kenapa pada bulan Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan untuk beribadah menjadi sebagai 'bulan pembaziran makanan'? Ini semua disebabkan nafsu manusia yang kelaparan sewaktu berpuasa. Kita sudah tahu, bulan Ramadhan mendidik kita untuk bersikap sederhana, berjimat-cermat dan kawal nafsu tapi kenapa masih ramai yang membazir?
.
Firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 27 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”
.
Sebagai orang muslim, tunjukkanlah akhlak yang baik yang diajar oleh Islam. Barulah Islam boleh dipandang mulia oleh ramai orang. Dan barulah negara kita boleh maju.
.
Ingat-ingatlah kembali saudara seislam kita yang sedang dalam kesusahan di negara lain tanpa makanan dan minuman. Kelaparan setiap masa. At least, kita di sini ada makanan. Kita perlu belajar bersyukur.

Thursday, May 24, 2018

Wednesday, May 23, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 7 Ramadan - KESILAPAN ORANG YANG BERPUASA

Inkramadan 7 Ramadan.
Kesilapan orang yang berpuasa.
Kikir terhadap harta dan mengabaikan orang-orang yang memerlukan.
Orang palestine lagilah takde makanan untuk mereka berbuka dan sahur lagi. Mereka amat memerlukan bantuan dari kita. Sebagai saudara seislam mereka, hulurkanlah bantuan kepada mereka.
Sebagai ganjaran, kita dapat menyumbang pertolongan dan dapat pahala sedekah yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini.




Tuesday, May 22, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 6 Ramadan - TIPS DI BULAN RAMADAN

Inkramadan 6 Ramadan.
Bulan Ramadan jangan disia-siakan begitu sahaja. Ini ialah beberapa tips untuk manjadi produktif di bulan Ramadan. Semoga bermanfaat.

Kalau baca al-Qur'an tu, sedekahkanlah juga bacaan dekat arwah-arwah yang telah meninggal dunia. Doakanlah juga kesejahteraan dan kerahmatan terhadap yang masih hidup dan yang dah meninggal dunia.

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah tak akan tolak doa orang yang berpuasa sewaktu ia berbuka.



Dan hindari gosip waktu bulan Ramadhan. Jaga mulut, telinga, mata dan segala jenis pacaiendera yang ada kalau tidak mahu puasa ini jadi sia-sia.




Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 5 Ramadan - FAEDAH BERPUASA

Inkramadan 5 Ramadan

Antara faedah berpuasa dari sudut rohani ialah dapat menanamkan sifat sabar dan menghindari dari sifat mazmumah terhadap seseorang.

Tapi terdapat juga faedah berpuasa dari sudut sains.

Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika,
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”

Dalam ilmu biologi, dalam hari biasa, kita mudah berasa mengantuk kerana darah semua pergi ke perut untuk proses pencernaan, maka otak juga akan jadi lemah untuk berfikir. Tapi tidak sewaktu kita sedang berpuasa di mana tenaga dan darah tertumpu di otak dan ianya dapat mencergaskan otak.

P/s: Orang yang jadi pari-pari tu hanya manusia biasa. Dia cuma pakai cosplay je. Siapa boleh teka yang jadi pari-pari tu watak siapa? xD

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 4 Ramadan - ADAB BERBUKA

Inkramadan 4 Ramadan.

Adab2 sewaktu berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah s.a.w.

Berbuka puasa biarlah sederhana, jangan membazir.

Berbuka dengan kurma atau air terlebih dahulu kemudian segera menunaikan solat maghrib jika makanan belum dihidangkan kerana ianya sunnah tetapi jika makanan sudah terhidang maka makruh untuk meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad s.a.w:

Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

P/s: Ilyas baca doa buka puasa ramai sebab dia yang kena jadi imam baca doa untuk semua orang.

Facebook: https://www.facebook.com/Henshin-Kaizen-Arts-155278708562433/
Instagram:  https://www.instagram.com/henshin_kaizen_arts/

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 3 Ramadan - SAHUR BARAKAH

Inkramadan 3 Ramadan.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Makan sahur adalah barakah. Maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun salah satu di antara kalian hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah ta’ala dan para malaikat-Nya bershalawat atas orang-orang yang sahur.” (HR. Ahmad)


Facebook: https://www.facebook.com/Henshin-Kaizen-Arts-155278708562433/
Instagram:  https://www.instagram.com/henshin_kaizen_arts/

Monday, May 21, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 2 Ramadan - PENGERTIAN PUASA

(Next page di bawah)

Inkramadan 2 Ramadan
.
Waktu kecik, kita selalu fikir puasa tu hanya untuk tahan makan dan minum sahaja.
.
Tapi sebenarnya pengertian puasa yang sebenar ialah berpuasa dari melakukan kemungkaran dan 'keep on going' lakukan kebaikan.
.
Puasa merupakan suatu alat untuk mendidik kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
.
Jangan hanya waktu bulan Ramadhan je kita tinggalkan kemungkaran dan lakukan banyak kebaikan, tapi selepas bulan Ramadhan, kita lakukan kemungkaran tu semula dan tinggalkan kebaikan.
.
Bulan Ramadhan tujuannya ialah untuk mendidik umat Islam jadi lebih baik dari semasa ke semasa, bukannya jadi baik untuk 'seketika' je.



Facebook: https://www.facebook.com/Henshin-Kaizen-Arts-155278708562433/
Instagram: https://www.instagram.com/henshin_kaizen_arts/

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 1 Ramadan - PUASA OH PUASA

 Inkramadan 1 Ramadan

Perang Badar adalah merupakan antara perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan umat Islam mendapat kemenangan.

Kenapa di bulan puasa kita sering jadi lemah tapi umat Islam dahulu mampu berperang di bulan Ramadhan? Ini kerana keimanan dan rohani mereka kuat.

Antara makanan untuk rohani jadi kuat ialah ibadah seperti baca al-Qur'an, solat sunat dan berzikir.

Ibadah paling mudah ialah zikir dan selawat.

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 30 Syaaban - READY! SET! NIAT!

Inkramadan 30 Syaaban


Niat berpuasa ikhlas kerana Allah.

Ramadan ini tetamu istimewa dan hanya datang sekali setahun. Jadi manfaatkanlah bulan ini dengan sebaiknya.

Syaitan dah kena ikat. Jangan kita pula yang jadi syaitan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam.


Inkramadan adalah challenge untuk melukis 1 karya berdasarkan tema yang diberi setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1439H (2018) ini. Insya Allah saya akan habiskan inkramadan untuk tahun ini. Harap komik saya untuk inkramadan ini dapat memberi manfaat.

You can read my inkramadan comics and my other comics in here too: