Monday, May 28, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 12 Ramadan - RAMADAN & NON-MUSLIM

Inkramadan 12 Ramadan.
.
Ada beberapa non-muslim berpuasa kerana menghormati orang muslim sekelilingnya berpuasa atau ingin merasa bagaimana orang miskin tidak makan atau ingin menjaga kesihatan kerana tahu kebaikan berpuasa dari segi sains.
.
Tapi kenapa orang non-muslim yang tak diwajibkan berpuasa boleh berpuasa? Dan kenapa ada orang muslim yang sememangnya diwajibkan berpuasa boleh curi-curi makan?Padahal tak uzur pun. Astaghfirullahalazim.. 

.
Sepatutnya orang muslim kena jadi contoh yang baik. Memang takde manusia yang sempurna. Semua orang pernah buat dosa. Tapi kalau bertaubat betul2, Insya Allah, Allah terima. Let's muhasabah diri kita sama2.
.
Ingat! Kita orang muslim semua wajib jaga imej baik Islam.

.

Sunday, May 27, 2018

inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 11 Ramadan - SELEPAS BERBUKA?

11 Ramadan
.
Sunnah makan kurma dulu sebagai makanan pertama berbuka puasa. kemudian selepas solat maghrib, baru digalakkan makan makanan lebih berat.
.
Tapi jangan gelojoh sangat makan tu atau ditakuti anda akan terkecik ;) 

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 10 Ramadan - HAKIKAT BERAT BERPUASA

Inkramadan 10 Ramadan.
.
Mari kita sama-sama puasa untuk menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa dan meninggalkan larangan Allah ikhlas kerana-Nya supaya puasa tak terasa berat. Insya Allah :)

Friday, May 25, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 9 Ramadan - HENTIKAN TABIAT BURUK

Inkramadan 9 Ramadan
.
Tabiat buruk yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia di bulan Ramadhan ialah selalu MEMBAZIR MAKANAN.
.
Menurut kajian, sepanjang Ramadhan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang “tidak diusik” dan masih boleh dimakan. Dan jika disusun, ia bersamaan 30 buah bangunan KLCC. Banyak tak pembaziran kita buat?
.
Kenapa pada bulan Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan untuk beribadah menjadi sebagai 'bulan pembaziran makanan'? Ini semua disebabkan nafsu manusia yang kelaparan sewaktu berpuasa. Kita sudah tahu, bulan Ramadhan mendidik kita untuk bersikap sederhana, berjimat-cermat dan kawal nafsu tapi kenapa masih ramai yang membazir?
.
Firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 27 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”
.
Sebagai orang muslim, tunjukkanlah akhlak yang baik yang diajar oleh Islam. Barulah Islam boleh dipandang mulia oleh ramai orang. Dan barulah negara kita boleh maju.
.
Ingat-ingatlah kembali saudara seislam kita yang sedang dalam kesusahan di negara lain tanpa makanan dan minuman. Kelaparan setiap masa. At least, kita di sini ada makanan. Kita perlu belajar bersyukur.

Thursday, May 24, 2018

Wednesday, May 23, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 7 Ramadan - KESILAPAN ORANG YANG BERPUASA

Inkramadan 7 Ramadan.
Kesilapan orang yang berpuasa.
Kikir terhadap harta dan mengabaikan orang-orang yang memerlukan.
Orang palestine lagilah takde makanan untuk mereka berbuka dan sahur lagi. Mereka amat memerlukan bantuan dari kita. Sebagai saudara seislam mereka, hulurkanlah bantuan kepada mereka.
Sebagai ganjaran, kita dapat menyumbang pertolongan dan dapat pahala sedekah yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini.




Tuesday, May 22, 2018

Inkramadan 1439H (2018) - Ramadhancomics - 6 Ramadan - TIPS DI BULAN RAMADAN

Inkramadan 6 Ramadan.
Bulan Ramadan jangan disia-siakan begitu sahaja. Ini ialah beberapa tips untuk manjadi produktif di bulan Ramadan. Semoga bermanfaat.

Kalau baca al-Qur'an tu, sedekahkanlah juga bacaan dekat arwah-arwah yang telah meninggal dunia. Doakanlah juga kesejahteraan dan kerahmatan terhadap yang masih hidup dan yang dah meninggal dunia.

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah tak akan tolak doa orang yang berpuasa sewaktu ia berbuka.



Dan hindari gosip waktu bulan Ramadhan. Jaga mulut, telinga, mata dan segala jenis pacaiendera yang ada kalau tidak mahu puasa ini jadi sia-sia.